Sunday, November 29, 2015

BERITA KHAS - PELANCARAN TABUNG KAMI PRIHATIN UNTUKMU DEEJAY ZALY .

SIARAN KHAS
BERITA DJGS

30.11.15

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT DJGS DAN SEMUA

Satu TABUNG KITA PERIHATIN DJGS dilancarkan hari ini.

Untuk pengetahuan..anak kepada sahabat kita Deejay Zaly  iaitu Adik Aiman yg terlibat  dalam satu kemalangan petang semalam .  Pihak DJGS telah berjaya menghubungi Abg Zali sebentar tadi , Terkini anak beliau baru sahaja selesai menjalankan pembedahan ... Beliau memohon agar kita semua bersama-sama mendoakan kesihatan anaknya.

Sedemikian dengan itu , pihak DJGS memohon seluruh sahabat pada ketika ini bersama sama mendoakan kesejahteraan cepat sembuh kepada anaknda Abg Zali , diharap Abg Zali tabah menghadapi Ujian Allah ini.

Untuk tujuan sumbangan DJGS PERIHATIN dibawah adalah rujukan kepada sahabat yg ingin menyumbang kpd abg zaly

NAMA: SAZELI B KAYIM
BANK: MAYBANK
AKAUN NUM: 162218384870

Pihak Pengurusan DJGS juga akan membuat lawatan ziarah ke Hospital dalam jangka waktu terdekat ini...kepada yg ingin menyumbang langsung dgn Puan Ann ( Biro Kebajikan ) untuk sumbangan.

Sekian

Allah Permudahkan Kita Semua




ZAHARI ZAINAL ABIDIN
PRESIDENT
DJ GROUP SELANGOR

Tabung KAMI PRIHATIN


                  
Rakan serta Ahli DJGS yang juga Exco DJGS ( Biro Sukan & Kebudayaan ) iaitu Deejay Zaly telah ditimpa musibah . Apabila anakandanya telah terlibat dalam satu kemalangan pada petang semalam ( 29.11.15 ) dan telah dimasukkan ke Hospital Serdang dan telah pun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk Pembedahan dan rawatan susulan . Keadaan anak beliau agak serius . Oleh disebabkan itu , Kepada rakan2 DJ serta sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan beliau , kami dari DJGS dengan ini mengerakkan " Tabung Kami Prihatin " buat Deejay Zaly . 

Kesedihan yang dirasai adalah kesedihan kami juga .

Untuk menghulurkan sumbangan bolehlah ke nombor akaun yang tertera . 

NAMA ; SAZELI B KAYIM
ACC NO  : 162218384870 ( MAYBANK ) 


Tuesday, November 3, 2015

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera .

Umum telah mengetahui yang mana bermula 02 Nov 2015 yg lepas adalah hari pertama Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula  .

Oleh yang demikian , kami dari pihak Pengurusan Dj Group Selangor mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan pada semua Adik2 dan calon2 SPM 2015 serta semua anak2 serta keluarga Ahli DJ Group Selangor .

Didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan




Salam Ikhlas ,
Pihak Pengurusan
Dj Group Selangor  .

Sunday, October 11, 2015

KESILAPAN BIASA DEEJAY MAJLIS PERKAHWINAN



KESILAPAN BIASA DEEJAY MAJLIS PERKAHWINAN 
Deejay dan PA System (sistem siaraya) bukanlah sesuatu yang baharu di dalam industri penyedia khidmat perkahwinan. Mungkin suatu ketika dahulu, ada yang cuma menganggap Deejay perkahwinan hanyalah sebagai pemain lagu-lagu sambil membuat pengumuman mengalihkan kenderaan.
Namun kini, ada pelanggan yang meyakini fungsi Deejay perkahwinan adalah sebagai pengemudi perjalanan majlis disamping bertindak sebagai penasihat keluarga bagi menentukan aturcara majlis yang bersesuaian di hari perkahwinan itu nanti. Ada juga Deejay yang bertindak sebagai pengacara majlis tidak rasmi sepanjang majlis tersebut.
Hasil daripada pemerhatian kami terhadap komen dan ulasan pengantin dan juga tetamu sepanjang kami menghadiri mana-mana majlis perkahwinan, kami akan dedahkan kepada umum apakah sebenarnya punca-punca yang menyebabkan persembahan Deejay gagal menambat hati pengantin dan juga tetamunya!
1. Memasang Lagu Terlalu Kuat
Majlis kenduri adalah sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai ahli keluarga, teman-teman lama dan jiran tetangga. Peluang berkunjung ke majlis perkahwinan biasanya menjadi ruang kepada tetamu untuk berbual-bual dengan tuan rumah. Ada juga yang datang membawa anak-anak kecil mahupun bayi bersama. Jadi, Deejay tidak sepatutnya memainkan lagu terlalu kuat tanpa kawalan kerana ia boleh menyebabkan semua tetamu berbual dalam nada yang tinggi kerana sukar mendengar apa yang sedang dibincangkan. Bayi-bayi juga mudah menangis kerana terkejut dengan lagu yang terlalu kuat itu tadi. Jadi, kawallah kekuatan bunyi yang keluar dari pembesar suara mengikut keperluan dan sensitiviti tetamu.
Berbincang dan dapatkan pandangan hos majlis perkahwinan berkenaan dengan kekuatan bunyi yang anda hasilkan dari sistem PA
Berbincang dan dapatkan pandangan hos majlis perkahwinan berkenaan dengan kekuatan bunyi yang anda hasilkan dari sistem PA
2. Salah Pilih Lagu
Sedang seronok melihat pengantin memotong kek perkahwinan mereka, tiba-tiba lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’ dimainkan oleh Deejay. Sedang seronok melihat pengantin tersenyum mengambil gambar perkahwinan di pelamin, Deejay pula memainkan lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’. Keluarga pengantin memilih lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan, Deejay mainkan lagu-lagu dangdut. Keprihatinan dalam susunan senarai lagu perlulah diambil serius kerana ia akan memberi kesan dalam perjalanan majlis.
3. Bergurau Tidak Kena Tempat
Ada Deejay yang tidak prihatin dengan perasaan tetamu atau pengantin semasa berceloteh. Ada yang terus terang memperlekehkan kekurangan majlis contohnya memperkatakan tentang kehadiran tetamu yang tidak memberangsangkan, ada yang memerli penampilan pengantin, ada juga yang mengusik tetamu-tetamu yang hadir secara langsung menggunakan pembesar suara! Ini amatlah tidak wajar dan harus dielakkan oleh pihak Deejay.
4. Tidak Mengalu-alukan Keluarga Rombongan dan Tetamu
Ada rombongan daripada pihak yang bertandang kadang-kadang kecewa kerana kehadiran mereka seperti tidak disambut. Seharusnya Deejay menjadi wakil kepada pihak keluarga tuan rumah untuk mempersilakan tetamu untuk duduk di meja-meja yang dikhaskan dan mempelawa rombongan pengantin untuk menjamu selera. Ada juga Deejay yang tidak berceloteh atau tidak pernah mengalu-alukan kehadiran tetamu sepanjang tugasan mereka menyebabkan tetamu rasa bosan sepanjang majlis.
5. Membiarkan Majlis Tanpa Pengacara
Untuk melancarkan majlis, Deejay perlu memainkan peranan membuat pengumuman terutamanya semasa ingin menjemput pengantin bergerak daripada satu acara ke acara yang lain. Ada Deejay yang hanya sibuk dengan lagu-lagu yang dimainkan dan ada juga yang memang tidak bercakap langsung. Jika ini berlaku, pasti pengantin ragu-ragu dengan apakah agenda seterusnya yang perlu mereka sempurnakan.
6. Tidak Berbincang Berkenaan Aturcara Majlis
Deejay seharusnya berbincang dahulu berkenaan perjalanan majlis dengan pengantin atau keluarga pengantin seperti agenda aturcara majlis, maklumat pengantin dan juga maklumat ibu ayah pengantin. Ini bagi mengelakkan kecelaruan semasa mengacara majlis. Kadang kala ada Deejay yang tersalah sebut nama pengantin, nama ayah dan ibu kedua-pengantin lalu boleh menyebabkan imej tuan rumah tercalar.
7. Tidak Menghormati Azan
Lagu harus dihentikan semasa azan berkumandang atau semasa masuk waktu sembahyang. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai menghormati seruan azan. Deejay yang prihatin selalu peka dengan sensitiviti masyarakat. Ada Deejay yang memain azan daripada sistem audio jika tiada surau atau masjid berdekatan bagi menghormati masuknya waktu solat. Ini yang terbaik!
Menghormati seruan azan adalah perkara yang dituntut di dalam Islam.
Menghormati seruan azan adalah perkara yang dituntut di dalam Islam.
8. Asyik Berkaraoke
Sesi karaoke memang menyeronokkan kepada mereka yang meminatinya. Tetapi ianya akan menjadi kusut jika sesi karaoke diraikan lebih daripada acara pengantin. Hentikan sessi karaoke semasa pengantin sedang bersalam restu atau upacara merenjis sedang berlangsung. Dahulukanlah aturcara majlis dan kemudiankanlah persembahan karaoke. Ada juga Deejay yang tidak henti-henti menyanyi karaoke sedangkan dia adalah Deejay majlis tersebut. Berilah prioriti kepada istiadat perkahwinan terlebih dahulu supaya hati pengantin tidak terguris.

x

Tuesday, June 16, 2015

FADHILAT MENGERJAKAN SOLAT TERAWIH DI SETIAP MALAM RAMADHAN


DIRIWAYATKAN OLEH SAIYIDINA ALI (R.A.) DARIPADA RASULULLAH S.A.W., SEBAGAI JAWAPAN DARI PERTANYAAN SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. TENTANG FADILAT (KELEBIHAN)
SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH PADA BULAN RAMADAN :


MALAM 1 –
KELUAR DOSA-DOSA ORANG MUKMIN PADA MALAM PERTAMA
SEPERTIMANA IA BARU DILAHIRKAN, MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH.

MALAM 2 –
DIAMPUNKAN DOSA-DOSA ORANG MUKMIN YANG SEMBAHYANG TERAWIH
SERTA KEDUA IBUBAPANYA (SEKIRANYA MEREKA ORANG BERIMAN).

MALAM 3 –
BERSERU MALAIKAT DI BAWAH ‘ARASY SUPAYA KAMI MENERUSKAN
SEMBAHYANG TERAWIH TERUS MENERUS SEMOGA
ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA ENGKAU.

MALAM 4 –
MEMPEROLEHI PAHALA IA SEBAGAIMANA PAHALA ORANG-ORANG
YANG MEMBACA KITAB-KITAB TAURAT, ZABUR, INJIL DAN AL-QURAN.

MALAM 5 –
 ALLAH KURNIAKAN BAGINYA PAHALA SEUMPAMA
ORANG SEMBAHYANG DI MASJIDILHARAM,  MASJID MADINAH(MASJID NABAWI)
DAN MASJIDIL AQSA.

MALAM 6 –
ALLAH KURNIAKAN PAHALA KEPADANYA PAHALA MALAIKAT-MALAIKAT YANG TAWAF
DI  BAITUL MAMUR (70 RIBU MALAIKAT SEKALI TAWAF), SERTA SETIAP BATU-BATU DAN
 TANAH-TANAH MENDOAKAN SUPAYA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA
ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG TERAWIH PODA MALAM INI.

MALAM 7 –
SEOLAH-OLAH IA DAPAT BERTEMU DENGAN NABI MUSA SERTA
MENOLONG NABI ALAIHISSALAM MENENTANG MUSUH
KETATNYA FIRAUN DAN HAMMAN.

MALAM 8 –
ALLAH MENGURNIAKAN PAHALA ORANG SEMBAHYANG TERAWIH
SEPERTIMANA YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA
NABI ALLAH IBRAHIM ALAIHISSALAM.

MALAM 9 –
ALLAH KURNIAKAN PAHALA DAN DINAIKKAN MUTU IBADAT
HAMBANYA SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W.

MALAM 10 –
ALLAH SUBHANAHUWATAALA MENGURNIAKAN KEPADANYA
KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

MALAM 11 –
KELUAR IA DARIPADA DUNIA (MATI) BERSIH DARIPADA
DOSA SEPERTI IA BAHARU DILAHIRKAN.

MALAM 12 –
 DATANG IA PADA HARI QIAMAT DENGAN MUKA
YANG BERCAHAYA (CAHAYA IBADATNYA).

MALAM 13 –
DATANG IA PADA HARI QIAMAT DALAM AMAN SENTOSA
DARIPADA TIAP-TIAP KEJAHATAN  DAN KEBURUKAN.

MALAM 14 –
DATANG MALAIKAT MENYAKSIKAN IA BERSEMBAHYANG TERAWIH,
SERTA ALLAH  TIADA MENYESATKANNYA PADA HARI QIAMAT.

MALAM 15 –
SEMUA MALAIKAT YANG MENANGGUNG ARASY,
KURSI, BERSELAWAT DAN MENDOAKANNYA  SUPAYA ALLAH
 MENGAMPUNKANNYA.

MALAM 16 –
ALLAH SUBHANAHUWATAALA TULISKAN BAGINYA
TERLEPAS DARIPADA NERAKA DAN  DIMASUKKAN
KE DALAM SYURGA.

MALAM 17 –
ALLAH KURNIAKAN ORANG YANG BERTERAWIH
PAHALANYA PADA MALAM INI  SEBANYAK
PAHALA NABI-NABI.

MALAM 18 –
 SERU MALAIKAT : HAI HAMBA ALLAH ,SESUNGGUHNYA ALLAH
TELAH REDHA KEPADA  ENGKAU DAN IBUBAPA ENGKAU
(YANG MASIH HIDUP ATAU MATI).

MALAM 19 –
ALLAH SUBHANAHUWATAALA TINGGIKAN
DARJATNYA DI DALAM SYURGA FIRDAUS.

MALAM 20 –
ALLAH KURNIAKAN KEPADANYA PAHALA
SEKELIAN ORANG YANG MATI SYAHID
 DAN ORANG-ORANG SOLIHIN.

MALAM 21 –
ALLAH BINAKAN SEBUAH ISTANA
DALAM SYURGA DARIPADA NUR.

MALAM 22 –
DATANG IA PADA HARI QIAMAT AMAN DARIPADA
TIAP-TIAP DUKACITA DAN KERISAUAN  
(TIDAKLAH DALAM KEADAAN HURUHARA DI PADANG MASYAR).

MALAM 23 –
ALLAH SUBHANAHUWATAALA BINAKAN KEPADANYA
SEBUAH BANDAR  DI DALAM SYURGA DARIPADA NUR.

MALAM 24 –
ALLAH BUKA PELUANG 24 DOA YANG MUSTAJAB BAGI
ORANG BERTERAWIH MALAM INI,
(ELOK SEKALI BERDOA KETIKA DALAM SUJUD).

MALAM 25 –
ALLAH TAALA ANGKATKAN DARIPADA SIKSA KUBUR.

MALAM 26 –
ALLAH KURNIAKAN KEPADA ORANG BERTERAWIH PAHALA
 PADA MALAM INI  SEUMPAMA 40 TAHUN IBADAT.

MALAM 27 –
ALLAH KURNIAKAN ORANG BERTERAWIH PADA MALAM INI
KETANGKASAN  MELINTAS ATAS TITIAN SIROTOLMUSTAQIM
SEPERTI KILAT MENYAMBAR.

MALAM 28 –
ALLAH SUBHANAHUWATAALA KURNIAKAN KEPADANYA
PAHALA  1000 DARJAT DI AKHIRAT.

MALAM 29 –
ALLAH SUBHANAHUWATAALA KURNIAKAN KEPADANYA
PAHALA  1000 KALI HAJI YANG MABRUR.

MALAM 30 –
 ALLAH SUBHANAHUWATAALA BERI PENGHORMATAN KEPADA
ORANG BERTERAWIH  PADA MALAM TERAKHIR
 INI  YANG TERISTIMEWA SEKALI,
LALU BERFIRMAN:

"HAI HAMBAKU : MAKANLAH JENIS BUAH-BUAHAN YANG ENGKAU 
INGINI  HENDAK MAKAN  DI DALAM SYURGA,
DAN MANDILAH ENGKAU DARIAPDA  AIR SYURGA YANG BERNAMA SALSABILA,
SERTA MINUMLAH  AIR DARIPADA  TELAGA YANG
DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG
BERNAMA AL-KAUTHAR " 


SEMOGA AMALAN KITA DALAM BULAN INI DITERIMA-NYA..AMIN



Monday, March 23, 2015

KOMEN DAN CADANGAN




Assalammualaikum dan salam sejahtera 

saya selaku ketua unit penerbitan dibawah Unit Penerangan DJGS dengan ini membuka peluang pada rakan-rakan Dj dari DJGS untuk salurkan idea dan pendapat pada saya melalui medium dibawah 



email : ikhwanmentari@yahoo.com

whatsapp  : 017 - 2685827
wechat  : Wanmentari 11 


Segala idea dan pendapat anda akan saya semak dan pertimbangkan . Jika perlu , saya akan hubungi semula  . 


KETUA PENERANGAN : EN MOHD NASIR 
KETUA EDITOR             : EN ZAILANI HJ HASSAN 
                                            : EN AMIRRUDZI SUFIAN 

PERLAWANAN AMAL DJGS FC vs VETERAN CLUB PUTRA BKT KAPAR



ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
PERINGATAN KPD SEMUA PEMAIN-PEMAIN BOLASEPAK AMAL YANG TELAH BERDAFTAR  UNTUK PASUKAN DJGS FC  VS VETERAN CLUB PUTRA BKT KAPAR PD 25-3-2015( RABU )

MINTA KERJASAMA RAKAN – RAKAN YANG MAIN , ANDA DIKEHENDAKI DI KEHENDAKI BERADA DI PADANG BOLASEPAK KG BUKIT KAPAR JLN KOPI , MERU SELEWAT-LEWATNYA PADA JAM 5.00PTG...

KERJASAMA ANDA AMATLAH DI HARGAI DAN DI UCAPKAN JUTAAN T.KSH...

PENGERUSI BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN DJGS...



BERIKUT ADALAH SENARAI PESERTA ATAU AHLI

1. DJ AZHAR MUHAMAD - P.GOL
2. DJ RILL ON SEVEN
3. DJ LAN
4. DJ BO. - P.GOL
5. DJ EJUMP ENTERTAINMENT
6. DJ AYEN
7. DJ AYUN BOJO LORO
8. DJ BASIR
9. DJ ZACK ZIS ENTERTAINMENT
10. BOBBY ZIS ENTERTAINMENT
11. AZWAN HJ MAT AMID
12. DJ ZALIE. - LASTMAN
13. AIMAN HAIQAL AZWAN
14. AZWAN ACONG( CENTRE HALF/MID FILDER)
15.NUAR NS (DEFENDER)
16. NURUL HAZLY ( DJBOB HAZLY )
17. DJRIZAL RAMLI 
18. DJISMAT RIZAL
19. SHAM REGGAE
20. AZLI
21. EJAM SALIMAN(SIMPANAN LINESMAN))
22. AMIRUZI SUFIAN ( C)
23. AZMI BOHARI.. SIMPANAN TETAP
24. DJ NAS
25. SETAT@ DJ SAIFUL BAHRI.

PENGURUS PASUKAN :

DJ ROZAIMI

Friday, March 13, 2015

AHLI JAWATANKUASA BIRO LATIHAN KUMPULAN PENGACARA SELANGOR


Salam Perkenalan dari kami 

BIRO LATIHAN 
DJ GROUP SELANGOR 


BARISAN AHLI JAWATAN KUASA 


BIRO INI DIBAWAH PIMPINAN OLEH 

SAUDARA ZAHARI ZAINAL ABIDIN 
( ZACK KLANG ) 

DIBANTU OLEH 8 AHLI JAWANKUASA 

1 - EN . IKHWAN AFFIFI HAMZAH 
2 - EN .MOHD SHAHRIL SURIF 
3 - EN. SAIFUL BAHARI SANUSI
4 - EN.  NORFARIZAL ARIFFIN
5 - EN . AHMAD FAZLI ZAINAL ABIDIN 
6 - EN . NORAZWAN ROSLI
7 - EN . KHAIRUDDIN KAMARUDDIN
8 - EN . KHAIRUL NIZAM SALIMAN 

PRESIDEN  : EN ZAILANI HJ HASSAN 
PENAUNG ;  EN AMIRRUDZI SUFIAN 

PENERANGAN : EN MOHD NASIR ABD AZIZ 










SALAM PERKENALAN


Assalammualaikum dan Salam 1 Mixer 

Blog rasmi dari kami ,,,, 

Segala Maklumat dan Gambar akan kami masukkan di sini 


nantikan