Monday, April 18, 2016

PROGRAM SANTAI @ DATARAN SENI KLANG


Pada 16 & 17  April yang lalu , kami dari Kumpulan Pengacara Selangor ( DJGS ) telah diberi peluang untuk menghidupkan Dataran Seni Klang dengan pelbagai program oleh pihak Majlis Perbandaran Klang pada setiap sabtu dan ahad minggu ke 3 setiap bulan .  Program yang berjalan seawal jam 05 petang dan berakhir sekitar jam 12 malam itu telah berjaya menghimpunkan hampir 500 orang warga Klang dan sebilangan ahli serta warga kerja DJGS . 

      Program 2 hari ini juga , kita bersama Saudara Zack ex Massa dan kini bersama FOR ( Family Of Rock ) serta Saudara Nasa dari Kumpulan Lekir . Serta turut Bersama Saudara Maskieran ( Kieran ) Ex DJ radio HOT FM Dan sekarang bersama IM4U.fm .  

       Pada masa yang sama juga dalam program ini , kami turut bersama Rumah Anak- anak Yatim Nur Ikhwanku dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM 498.20 dan terus disumbangkan kepada rumah kebajikan tersebut . Turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli- ahli kelab motorsikal Anak Rantau ...  Pelbagai program diatur antaranya Persembahan Busking , Karaoke serta  booth - booth Jualan disediakan . 

       Kami dari pihak Pengurusan serta warga kerja DJGS 2015/2017  mengucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua rakan - rakan Ahli DJGS dari semua zon yang mewakili 9 Daerah yang bersama- sama memeriahkan lagi program dalam slot Marathon DJ , kami juga berterima kasih pada Pengacara bertugas iaitu Arjuna dan Dj Zaly yang menghangatkan suasana Dataran Seni Klang . Terima kasih juga buat kesemua Mantan- mantan pengurusan serta Pengasas DJGS iaitu Ybhg Tuan Zailani Hj Hassan , En Amirrudzi Sufian , Saudara Bob Hasni , serta ramai lagi .. 

In Shaa ALLAH , Jika ada umur dan rezeki dari ALLAH , kami akan kembali semula di situ pada 14 & 15 Mei 2016 .. 


ANTARA SOROTAN GAMBAR - GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM 










































TERIMA KASIH SEMUA RAKAN - RAKAN DJGS . 


SALAM IKHLAS DARIPADA :
PIHAK PENGURUSAN 
KUMPULAN PENGACARA SELANGOR 
( DJGS )