Friday, March 10, 2017

MESYUARAT DWI TAHUNAN KE 2 KUMPULAN PENGACARA SELANGOR


1 MIXER , 1 SEMANGAT , 1 HATI , 1 MISI DAN HARAPAN 


Assalammualaikum WBT . Salam bersua kembali dalam wadah alam maya Kumpulan Pengacara Selangor . 


           Setelah hampir sepenggal pentadbiran di bawah kepimpinan Saudara Zahari Zainal Abidin telah berlalu bagi tahun 2015 - 2017 . Dan pada 09 Mac 2017 yang lalu , satu Mesyuarat Dwi Tahunan kali ke 2 telah diadakan di Crystal Hall 1 , Hotel Crystal Crown , Pelabuhan Klang yang telah dihadiri seramai 35 orang ahli dan 5 orang ahli baru .. Mesyuarat yang bermula pada jam 09.00 malam itu telah  dirasmikan oleh Ybhg Dato' Saroni Bin Judi , Penaung Kumpulan Pengacara Selangor  .. 








Pada Mesyuarat kali ini , adalah Pemilihan buat kali ke 2 dan untuk penggal 2017 - 2019 yang mana barisan yang dipilih adalah barisan yang mewakili setiap zon di Negeri Selangor yang ditakluk oleh Kumpulan Pengacara Selangor , 



Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Baru bagi penggal 2017 - 2019 : 


PRESIDEN  : 
EN AMIRUDZI BIN SUBIAN 

TIMB PRESIDEN :
EN MOHAMAD SHAHRILL BIN SURIF 

NAIB KETUA 1 : 
EN SAIFUL ANUAR B ABDUL RANI 

SETIAUSAHA :
EN WAN SHAHRILSHAM BIN DAHLAN 

BENDAHARI : 
PN NORLIZA BINTI TAIB 

PENYATA KIRA -KIRA : 
1 -  PN IDAFIFA BTE GHAZALI
2 - PN NORA 

AHLI JAWATANKUASA 
1 - EN AZHAR BIN MOHAMMAD 
2 - EN SHAARI BIN KHALIL
3 - EN RIZAL BIN RAMLI 
4 - EN MOHD NASARUDDIN BIN SURATMAN
5 -  EN AZMAN BIN NGAPAN 
6 - EN SAZELY BIN  KAYEM 


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA DIPILIH UNTUK MENERAJUI KEPIMPINAN KUMPULAN PENGACARA SELANGOR 2017 - 2019  .  
SELAMAT BERTUGAS BUAT SEMUA 

TERIMA KASIH JUGA KEPADA KEPIMPINAN YANG LEPAS UNTUK PENGGAL 
2015 - 2017  . JASA ANDA KAMI SANJUNG  . 


Sekian Berita . 

Berita disediakan oleh  : 
Unit Berita DJGS 




Friday, February 10, 2017

" KEHILANGAN YANG CUKUP BESAR ....... "




Pada tanggal 10 Feb 2017 jam 06.40 pagi Jumaat , kami terima satu berita yang mengejutkan dan mendukacitakan bagi kami seluruh warga DJGS .

Perginya seorang insan yang banyak berjasa dan banyak memberikan buah fikiran serta idea yang bernas demi untuk kenajuan dan kematangan Kumpulan .. Beliau juga seorang yang ceria dan bersifat kebapaan dan tak pernah lupakan rakan-rakan di dalam kumpulan .. Beliau juga disegani oleh semua orang disebabkkan sifatnya yang sentiasa mudah didekati dan mudah dibawa bersembang .

Akan tetapi pada Ramdhan 2016 yang lalu ketika beliau bersama rakan-rakan yang lain bertugas mengendalikan Program bersama Majlis Perbandaran Klang di Dataran Seni Klang , kesihatan beliau sudah mula merosot dan seringkali keletihan .. Pada Disember 2016 , kami dikhabarkan yang beliau dimasuklkan ke wad HTAR KLANG kerana kesihatan kurang memuaskan dan dibenarkan pulang 2 minggu selepas itu . Dan pada Januari 2017 sekali lagi beliau dimasukkan ke Hospital . Kali ini di HBSA untuk rawatan selanjutnya dan dibenarkan keluar seminggu selepas itu .. Dan pada 7 Feb 2017 beliau dimasukkan semula ke HTAR KLANG disebabkan kesihatannya semakin merosot . sehinggalah pada jam 06.40 pagi 10 Feb 2017 beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi anak dan isteri ..


Kami dari Pengurusan Kumpulan Pengacara Selangor mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham MOHAMMED ROZAIMI SULAIMAN .

Buat sahabat kami ini , Rehatlah dengan tenang .
Kami juga bakal mengikut jejak langkah mu nanti


AL FATIHAH



Editor
Media Kumpulan Pengacara Selangor ( DJGS  )