Kumpulan Pengacara Selangor dengan nama komersilnya Dj Group Selangor, Djgs pertubuhan yang telah berdaftar di ROS, Djgs adalah kumpulan dj dj, pengacara dan pengusaha p.a sistem sama ada dalam bentuk karaoke atau pun MP3,
Friday, February 10, 2017
" KEHILANGAN YANG CUKUP BESAR ....... "
Pada tanggal 10 Feb 2017 jam 06.40 pagi Jumaat , kami terima satu berita yang mengejutkan dan mendukacitakan bagi kami seluruh warga DJGS .
Perginya seorang insan yang banyak berjasa dan banyak memberikan buah fikiran serta idea yang bernas demi untuk kenajuan dan kematangan Kumpulan .. Beliau juga seorang yang ceria dan bersifat kebapaan dan tak pernah lupakan rakan-rakan di dalam kumpulan .. Beliau juga disegani oleh semua orang disebabkkan sifatnya yang sentiasa mudah didekati dan mudah dibawa bersembang .
Akan tetapi pada Ramdhan 2016 yang lalu ketika beliau bersama rakan-rakan yang lain bertugas mengendalikan Program bersama Majlis Perbandaran Klang di Dataran Seni Klang , kesihatan beliau sudah mula merosot dan seringkali keletihan .. Pada Disember 2016 , kami dikhabarkan yang beliau dimasuklkan ke wad HTAR KLANG kerana kesihatan kurang memuaskan dan dibenarkan pulang 2 minggu selepas itu . Dan pada Januari 2017 sekali lagi beliau dimasukkan ke Hospital . Kali ini di HBSA untuk rawatan selanjutnya dan dibenarkan keluar seminggu selepas itu .. Dan pada 7 Feb 2017 beliau dimasukkan semula ke HTAR KLANG disebabkan kesihatannya semakin merosot . sehinggalah pada jam 06.40 pagi 10 Feb 2017 beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi anak dan isteri ..
Kami dari Pengurusan Kumpulan Pengacara Selangor mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham MOHAMMED ROZAIMI SULAIMAN .
Buat sahabat kami ini , Rehatlah dengan tenang .
Kami juga bakal mengikut jejak langkah mu nanti
AL FATIHAH
Editor
Media Kumpulan Pengacara Selangor ( DJGS )
Subscribe to:
Posts (Atom)