Assalammualaikum Dan salam Hormat .
Mohon maaf lama tak bersua dan tak posting sebarang maklumat disini .
Baik , hari ini saya post kan beberapa Pantun yang menjadi koleksi saya dan saya gunakan untuk kendalikan Majlis Walimatulurus disepanjamg penglibatan saya di dalam DJGS dan DJ ini .
_________________________________________________________________________________
Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding
Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata
Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya
Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.
Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan
Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding
Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding
Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata
Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya
Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.
Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan
Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding
Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera
Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya
Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya
Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru
Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat
Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami
Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang
Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman
Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah
Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat
Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga
Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat
Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami
Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang
Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman
Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah
Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat
Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga
Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan
Burung jelatik burung gelandang,
mencari sarang burung tempua.
Sama cantik sama padan,
Seperti pinang di belah dua.
Kain batik selendang batik,
Mari sebar ke atas pentas.
Adik cantik abang pun cantik,
Bagai dakwat dengan kertas.
mencari sarang burung tempua.
Sama cantik sama padan,
Seperti pinang di belah dua.
Kain batik selendang batik,
Mari sebar ke atas pentas.
Adik cantik abang pun cantik,
Bagai dakwat dengan kertas.
Padang temu padang baiduri,
Tempat raja membangun kota.
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata
Kain batik baju batik,
Batik datang dari Jawa.
Adik cantik pun abang cantik,
bagai pinang dibelah dua.
Sama cantik sama padan,
Sama tampan sama jelita.
Sama muda sama baya,
Ibarat pinang dibelah dua.
Bagai Adam dengan Hawa,
Bagai Uda dan Dara.
Bagai Rama dan Sinta,
Bagai Laila dengan Majnunnya
Malam larut pasang tanglung,
Supaya mudah orang berjaga.
Ikan di laut asam di gunung,
Dalam kuali bertemu juga.
Anak raja masuk ke taman,
Taman larangan Betara Indra.
Arif bertemu dengan Budiman,
Terlebih indah laut mutiara.
Pokok nanas di kuala Daik,
Mari di petik anak Melayu.
Tuan umpama teras yang baik,
Makin ditunu makin berbau.
Tempat raja membangun kota.
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata
Kain batik baju batik,
Batik datang dari Jawa.
Adik cantik pun abang cantik,
bagai pinang dibelah dua.
Sama cantik sama padan,
Sama tampan sama jelita.
Sama muda sama baya,
Ibarat pinang dibelah dua.
Bagai Adam dengan Hawa,
Bagai Uda dan Dara.
Bagai Rama dan Sinta,
Bagai Laila dengan Majnunnya
Malam larut pasang tanglung,
Supaya mudah orang berjaga.
Ikan di laut asam di gunung,
Dalam kuali bertemu juga.
Anak raja masuk ke taman,
Taman larangan Betara Indra.
Arif bertemu dengan Budiman,
Terlebih indah laut mutiara.
Pokok nanas di kuala Daik,
Mari di petik anak Melayu.
Tuan umpama teras yang baik,
Makin ditunu makin berbau.
Anak kambing di tepi hutan
ditembak pemburu, kena di kaki.
Selamat datang kami ucapkan,
kepada rombongan yang dinanti.
Bunga mawar
tumbuh di taman,
taruh setangkai dalam jambangan.
Terima kasih kami ucapkan,
kepada rombongan dan undangan.
taruh setangkai dalam jambangan.
Terima kasih kami ucapkan,
kepada rombongan dan undangan.
Kita
bersyukur kepada Allah,
hari ini kelihatan cerah.
Calon pengantin berbaju merah,
kita saksikan akad nikah.
hari ini kelihatan cerah.
Calon pengantin berbaju merah,
kita saksikan akad nikah.
Terbang
tinggi burung merpati
Menari-nari sangatlah lucu
Masa depan telah menanti
Selamat Menempuh Hidup Baru
Menari-nari sangatlah lucu
Masa depan telah menanti
Selamat Menempuh Hidup Baru
Sungguh
indah sayapnya kupu-kupu
Riang gembira sambil menari-nari
Selamat Menempuh Hidup Baru
Riang gembira sambil menari-nari
Selamat Menempuh Hidup Baru
Hari
bahagia telah menanti
Merpati
indah berbulu
Dilihat sangatlah manis
Selamat Menempuh Hidup Baru
Dilihat sangatlah manis
Selamat Menempuh Hidup Baru
Semoga
menjadi keluarga yang harmonis
Arjuna
datang membawa panah
untuk memanah cinta putri ayu
Semoga menjadi keluarga yang sakinah
untuk memanah cinta putri ayu
Semoga menjadi keluarga yang sakinah
Selamat
Menempuh Hidup Baru
Bintang
bersinar di langit yang tinggi
Syahdu menggugah rasaku
Dua hati berjanji tulus suci
Syahdu menggugah rasaku
Dua hati berjanji tulus suci
Selamat
Menempuh Hidup Baru
Buah
pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.
Tiup
serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati.
Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.
Ayam dara di buat gulai,
Bungkus bekalan letak di bucu;
Riang gembira kedua mempelai,
Semoga berkekalan keanak cucu.
Bauhulu kuih traditional,
Mangkuk timah penuh sarat;
Kalau dahulu tidak kenal,
Sekarang beramah semakin erat.
Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua;
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua.
Tunduk segala rakyat jelata,
Memberi takzim raja gahari;
Raja rupawan di atas takta,
Duduk memerintah barang sehari.
Sianak dara memakai lokek,
Lokek tersangkut dihujung julai;
Untuk majlis membelah kek,
Jemput bangun kedua mempelai.
Masak mi wap berkepul,
Guna penyejat si kayu jati;
Hari ini kita berkumpul,
Menyampaikan hajat di dalam hati.
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati.
Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.
Ayam dara di buat gulai,
Bungkus bekalan letak di bucu;
Riang gembira kedua mempelai,
Semoga berkekalan keanak cucu.
Bauhulu kuih traditional,
Mangkuk timah penuh sarat;
Kalau dahulu tidak kenal,
Sekarang beramah semakin erat.
Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua;
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua.
Tunduk segala rakyat jelata,
Memberi takzim raja gahari;
Raja rupawan di atas takta,
Duduk memerintah barang sehari.
Sianak dara memakai lokek,
Lokek tersangkut dihujung julai;
Untuk majlis membelah kek,
Jemput bangun kedua mempelai.
Masak mi wap berkepul,
Guna penyejat si kayu jati;
Hari ini kita berkumpul,
Menyampaikan hajat di dalam hati.
Ke
Seberang Takir membeli cermin,
Beli ikan dimasak gulai;
Cinta berakhir di jinjing pelamin,
Sama segak kedua mempelai.
Panas kering siapakan tahu,
Hujan rintik di daun pandan;
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Sama cantik sama padan.
Beli ikan dimasak gulai;
Cinta berakhir di jinjing pelamin,
Sama segak kedua mempelai.
Panas kering siapakan tahu,
Hujan rintik di daun pandan;
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Sama cantik sama padan.
Feringgi
melanggar Inderagiri,
Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.
Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.
Rimbun
semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.
Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.
Keris dan sundang lambang diraja,
Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja,
Makin dibaja semakin subur.
Hadirin berpakaian serba indah,
Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah,
Sila pengantin berangkat pulang.
Dengarlah ini ayah berpesan,
Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan,
Jangan cepat menjadi bosan.
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.
Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.
Keris dan sundang lambang diraja,
Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja,
Makin dibaja semakin subur.
Hadirin berpakaian serba indah,
Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah,
Sila pengantin berangkat pulang.
Dengarlah ini ayah berpesan,
Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan,
Jangan cepat menjadi bosan.
Kapal
berlabuh lemparkan sauh,
Nakoda, penumpang, turun ke darat.
Dua keluarga tadinya jauh,
Dengan perkawinan menjadi dekat.
Nakoda, penumpang, turun ke darat.
Dua keluarga tadinya jauh,
Dengan perkawinan menjadi dekat.
Talam
tertindih dengan badik, alam tertulang dengan apik
Buah sage direntak mati
Dalam sirih kami nan secarik, dalam pinang kami nan seracik
Ade niat dan kehendak hati.
Buah sage direntak mati
Dalam sirih kami nan secarik, dalam pinang kami nan seracik
Ade niat dan kehendak hati.
Besar
langsat kuale betung
Rampak rumput dari jerami
Besarlah hajat nan kami kandung
Menjemput hadirin ke majelis ini.
Rampak rumput dari jerami
Besarlah hajat nan kami kandung
Menjemput hadirin ke majelis ini.
Sudah lame
air surut di tanjung
Sampan tertambat tali bersimpul
Sudah lame niat dikandung
Insya Allah kini kian terkabul.
Sampan tertambat tali bersimpul
Sudah lame niat dikandung
Insya Allah kini kian terkabul.
Tertunduk
malu puteri dipingit
Wajahnya sendu bernasib malang
Bertangkup bumi dengan langit
Adat Melayu tak akan hilang.
Wajahnya sendu bernasib malang
Bertangkup bumi dengan langit
Adat Melayu tak akan hilang.
Laut luas terbentang
dimate
Tempat nelayan mencari ikan
Kite hidup dibumi segantang lade
Adat Melayu hendaklah dilestarikan.
Tempat nelayan mencari ikan
Kite hidup dibumi segantang lade
Adat Melayu hendaklah dilestarikan.
Banyak
batang perkare batang
Batang putat hendak disatukan
Batang jarak dililit akar
Banyak hutang perkare hutang
Hutang adat hendak didahulukan
Hutang syara’ pule tak boleh ingkar.
Batang putat hendak disatukan
Batang jarak dililit akar
Banyak hutang perkare hutang
Hutang adat hendak didahulukan
Hutang syara’ pule tak boleh ingkar.
Lah lame
kite duduk dan bersile
Tentu gerah dan lapar kite rasakan
Hidangan pun telah lame tersedie
Silelah diambil marilah dirasekan.
Tentu gerah dan lapar kite rasakan
Hidangan pun telah lame tersedie
Silelah diambil marilah dirasekan.
Pucuk pauh
ditepi permatang
buah berangan rasanya lazat
daripada jauh kami datang
datang dengan seribu hajat
buah berangan rasanya lazat
daripada jauh kami datang
datang dengan seribu hajat
buah
beragan rasanya lazat
mari dibawa dari Rokan
kalau ada maksud dan hajat
nyawa dan badan kami serahkan
mari dibawa dari Rokan
kalau ada maksud dan hajat
nyawa dan badan kami serahkan
mari dibawa
dari Rokan
berserta pula dengan halwa
jika nyawa badan serahkan
tidak terpisahkah jiwa dan raga
berserta pula dengan halwa
jika nyawa badan serahkan
tidak terpisahkah jiwa dan raga
berserta
pula dengan halwa
dengan ulam pucuk pegaga
jika tak berpisah jiwa dan raga
bagaimana kita nak masuk surga
dengan ulam pucuk pegaga
jika tak berpisah jiwa dan raga
bagaimana kita nak masuk surga
Hilir air
sungai landai
Dalam pulak paras dada
Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai
Kerana hendak menyambut adat lembaga
Dalam pulak paras dada
Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai
Kerana hendak menyambut adat lembaga
Cantik
memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman
Budak-budak
memakai senglit
Pergi ke kedai membeli timba
Kalau tidak jalan berbelit
Tadi-tadi saya dah tiba
Pergi ke kedai membeli timba
Kalau tidak jalan berbelit
Tadi-tadi saya dah tiba
Katang-katang
berisi manik
Manik berisi hampas padi
Encik-encik datang silalah naik
Inilah air pembasuh kaki
Manik berisi hampas padi
Encik-encik datang silalah naik
Inilah air pembasuh kaki
Dari pauh
ke permatang
Tetak tengar papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mendengar tuan yang baik hati
Tetak tengar papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mendengar tuan yang baik hati
Tatang puan
tatang cerana
Tatang biduk Seri Rama
Datang tuan datanglah nyawa
Jemputlah duduk bersama-sama
Tatang biduk Seri Rama
Datang tuan datanglah nyawa
Jemputlah duduk bersama-sama
Cerita
pinang ceriti
Cerana di atas papan
Sirih kami sirih bererti
Sukat makna baharulah makan
Cerana di atas papan
Sirih kami sirih bererti
Sukat makna baharulah makan
Saya tidak
tahu berebana
Selisih telunjuk bertelekan
Saya tak tahu akan makna
Sirih diunjuk saya makan
Selisih telunjuk bertelekan
Saya tak tahu akan makna
Sirih diunjuk saya makan
Rumah besar
alangnya besar
Rumah Datuk Perdana Menteri
Kalau tidak hajat yang besar
Kami tidak sampai datang kemari
Rumah Datuk Perdana Menteri
Kalau tidak hajat yang besar
Kami tidak sampai datang kemari
Orang
mengambil siput dilubuk
Airnya dalam banyak lintah
Datang membaiki atap yang tembuk
Hendak mengganti lantai yang patah
Airnya dalam banyak lintah
Datang membaiki atap yang tembuk
Hendak mengganti lantai yang patah
Orang
mengambil siput dilubuk
Airnya dalam banyak lintah
Datang membaiki atap yang tembuk
Hendak mengganti lantai yang patah
Airnya dalam banyak lintah
Datang membaiki atap yang tembuk
Hendak mengganti lantai yang patah
Dari paya
turun ke lembah
Petik pinang dipilih-pilih
Saya sudah mohonkan sembah
Adat meminang bertepak sirih
Petik pinang dipilih-pilih
Saya sudah mohonkan sembah
Adat meminang bertepak sirih
Teliti buah
teliti
Terletak mari di atas papan
Tepak sirih sudah menanti
Minta sudikan datuk makan
Terletak mari di atas papan
Tepak sirih sudah menanti
Minta sudikan datuk makan
Orang
meracik burung tekukur
Racik benang kait-mengait
Sudikan datuk sirih sekapur
Pinangnya mabuk tembakaunya pahit
Racik benang kait-mengait
Sudikan datuk sirih sekapur
Pinangnya mabuk tembakaunya pahit
Pohon lemba
di tepi bukit
Pokok pepaya di tepi jalan
Baik makan barang sedikit
Supaya jangan kecewa badan
Pokok pepaya di tepi jalan
Baik makan barang sedikit
Supaya jangan kecewa badan
Dalam air
sungainya landai
Habis hanyut sarang tempua
Bukan saya menunjukkan pandai
Saya khabarkan orang tua-tua
Habis hanyut sarang tempua
Bukan saya menunjukkan pandai
Saya khabarkan orang tua-tua
Selilit
pulau perca
Selembang Tanah Melayu
Sealam tanah Minangkabau
Sebengkah tanah terbalik
Selembang Tanah Melayu
Sealam tanah Minangkabau
Sebengkah tanah terbalik
Sehelai
akar yang putus
Sejenang kuda berlari
Sejenang kuda berlari
Dah patah
pokok kedondong
Ditimpa pula pokok delima
Ditimpa pula pokok delima
Titah datuk
saya junjung
Hukum yang baik saya terima
Hukum yang baik saya terima
Orang
menyungkur di Tanjung Jati
Kuala Pilah darat Melaka
Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka berpindah kepada kita
Kuala Pilah darat Melaka
Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka berpindah kepada kita
Bersusun
sirih gagang berkembar
Beratur-atur berbunga tanjung
Melintang duduk gunung Rembau
Sebagai napuh di hujung tanjung
Beratur-atur berbunga tanjung
Melintang duduk gunung Rembau
Sebagai napuh di hujung tanjung
Asam kandis
mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis lagi hati budinya
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis lagi hati budinya
Sungai
mahakam airnya bersih
Tempat orang memancing ikan
Cukup sekian dan terima kasih
Jika ada salah sudilah dimaafkan
Tempat orang memancing ikan
Cukup sekian dan terima kasih
Jika ada salah sudilah dimaafkan
Cendrawasih
indah berbulu
Dilihat sangatlah manis
Selamat Menempuh Hidup Baru
Semoga menjadi keluarga harmonis
Dilihat sangatlah manis
Selamat Menempuh Hidup Baru
Semoga menjadi keluarga harmonis
Arjuna
membawa panah
Memanah cinta putri ayu
Semoga menjadi keluarga sakinah
Selamat Menempuh Hidup Baru
Kerlip bintang dilangit yang tinggi
Syahdu menggugah rasaku
Dua hati berjanji suci
Selamat Menempuh Hidup Baru
Memanah cinta putri ayu
Semoga menjadi keluarga sakinah
Selamat Menempuh Hidup Baru
Kerlip bintang dilangit yang tinggi
Syahdu menggugah rasaku
Dua hati berjanji suci
Selamat Menempuh Hidup Baru
Sungguh
wangi melati putih
Disirami biar tak layu
Kebahagiaan akan kau raih
Selamat Menempuh Hidup Baru
Terbang tinggi burung merpati
Menari-nari sangat lucu
Masa depan telah menanti
Selamat Menempuh Hidup Baru
Sungguh indah sayap kupu-kupu
Riang gembira menari-nari
Selamat Menempuh Hidup Baru
Hari bahagia telah menanti
Disirami biar tak layu
Kebahagiaan akan kau raih
Selamat Menempuh Hidup Baru
Terbang tinggi burung merpati
Menari-nari sangat lucu
Masa depan telah menanti
Selamat Menempuh Hidup Baru
Sungguh indah sayap kupu-kupu
Riang gembira menari-nari
Selamat Menempuh Hidup Baru
Hari bahagia telah menanti
PANTUN BUNGA RAMPAI
Dari ubi
dibuat tapai
Tapai dimakan rasenye manis
Bunge di iris namenya bunge rampai
Untuk pewangi dalam majlis.
Tapai dimakan rasenye manis
Bunge di iris namenya bunge rampai
Untuk pewangi dalam majlis.
Bukan
kajang sembarang kajang
Kajang di bentang penjemur bilis
Bukan bujang sembarang bujang
Bujang kami belum berkumis.
Kajang di bentang penjemur bilis
Bukan bujang sembarang bujang
Bujang kami belum berkumis.
PANTUN DUDUK BERSANDING
Indah bunge
bile berkembang
Bunge kapas elok rupenye
Adat lembage same dipegang
Membuke kipas ade syaratnye
Bunge kapas elok rupenye
Adat lembage same dipegang
Membuke kipas ade syaratnye
Cantik
sungguh rumah cik none
Banyak bunge penghias dinding
Uncang bertuah kami terime
Silekan cik abang duduk bersanding
Banyak bunge penghias dinding
Uncang bertuah kami terime
Silekan cik abang duduk bersanding
_________________________________________
Pengantin
segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,
Pengantin lelaki berbaju jingga,
Nampak segak, tampan dan lawa,
Ku ucap SELAMAT BERUMAHTANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,
Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,
Pengantin lelaki berbaju jingga,
Nampak segak, tampan dan lawa,
Ku ucap SELAMAT BERUMAHTANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,
Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,
Bawah khemah pengantin berteduh,
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh,
Rancanglah hidupmu hai dengan bijak,
Jemputlah tuan menjamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,
Pada si dia hati terpikat,
Ijab dan kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat,
Elakkan dari segala sengketa,
Tak kira miskin dan juga kaya,
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya,
Tabah hadapi segala gelora,
Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,
Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,
Semoga majlis mendapat rahmat,
Doa dari para tetamu,
Supaya kasih bertambah nikmat,
Solat berdua jangan kau jemu,
Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan,
Dari Penang ke Negeri Sembilan,
Tol sempadan banyak kau redah,
Hidup berdua seiring sejalan,
Saling membantu bawa faedah,
Nasi dalca dan sambal kuini,
Buat hidangan suami dan isteri,
Terimalah pantun dariku ini,
Buat pengantin raja sehari,
Layan tamu tak sempat berehat,
Datangnya dari jauh dan dekat,
Pantun ini sekadar nasihat,
Ikhlas dari si abang angkat,
Ular
lidi ketawa berdekah,
Melihat tedung tercekik guli;
Macam mana tok kadi tak rasa marah,
Lafaz nikah berpuluh kali.
Ayam di kandang kambing di reban,
Lembu berbaring di atas tilam;
Lasa bertunang bukan main sopan,
Lepas bersanding terus menerkam.
Melihat tedung tercekik guli;
Macam mana tok kadi tak rasa marah,
Lafaz nikah berpuluh kali.
Ayam di kandang kambing di reban,
Lembu berbaring di atas tilam;
Lasa bertunang bukan main sopan,
Lepas bersanding terus menerkam.
Kerbau pucat terkena kepialu,
Diselimutkan kain oleh tempua;
Makan beradat punyalah malu,
Seminggu kahwin disapu semua.
Burung penguin leka menyanyi,
Suaranya serak tertelan gelama;
Baru berkahwin kentut tak berbunyi,
Dah ada anak kentut bergema.
Angsa minum air soya,
Itik pelik memerhatinya ralit;
Ayah dan ibu tersenyum nampak giginya,
Tak sabar ke bilik mengira duit.
Buah kuini dimakan bayan,
Tercekik tangsi lalu mati;
Pantun ini hanya gurauan,
Menyendal gusi menghibur hati.
___________________________________________
Sirih
Bermadah Pinang Dibelah,
Adat Diturut Tersusun Rapi,
Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah,
Tiba Kini Majlis Dinanti.
Adat Diturut Tersusun Rapi,
Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah,
Tiba Kini Majlis Dinanti.
Lembayung Senja Menggamit Malam,
Menangis Jentayu Menanti Hujan,
Hajat Mulia Menyusul Salam,
Pohon Restu Kehadiran Tuan.
Menangis Jentayu Menanti Hujan,
Hajat Mulia Menyusul Salam,
Pohon Restu Kehadiran Tuan.
Sirih
Bertepuk Pinang Dibelah,
Dijamu Untuk Tetamu Kami,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Kini Tiba Pengantin Dirai.
Dijamu Untuk Tetamu Kami,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Kini Tiba Pengantin Dirai.
Beras Kunyit Kami Taburi,
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai.
Air Mawar Direnjis Wangi,
Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai.
Tepak Perak Indah Berseri,
Dibawa Orang Dari Deli,
Menyusun Jari Memohon Sudi,
Raja Sehari Sama Dirai.
Dibawa Orang Dari Deli,
Menyusun Jari Memohon Sudi,
Raja Sehari Sama Dirai.
Daun Selasih Daun Semulih,
Pohon Pinang Jambatan Mandi;
Pinangan Diterima Menambat Kasih,
Kini Masa Mengikat Janji.
Pohon Pinang Jambatan Mandi;
Pinangan Diterima Menambat Kasih,
Kini Masa Mengikat Janji.
Sirih Bermadah Pinang Berbelah,
Adat Kelmarin Dibenihi Rapi,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Majlis Kahwin Kini Dinanti..
Adat Kelmarin Dibenihi Rapi,
Merisik Sudah Bertunang Sudah,
Majlis Kahwin Kini Dinanti..
Anak Panah
Tepi Busur
Anak Sungai Dari Selayang
Satu Cinta Kan Hidup Subur
Satu Perkahwinan Menuju Gerbang
Anak Sungai Dari Selayang
Satu Cinta Kan Hidup Subur
Satu Perkahwinan Menuju Gerbang
Titah Raja Kepada Menteri
Menjemput Bintang Di Celah Awan
Menjadi Penyeri Raja Sehari
Watikah Dikirim Pengganti Diri
Menjemput Hadir Tuan Dan Puan
Menjadi Tetamu Di Majlis Nanti
Menjemput Bintang Di Celah Awan
Menjadi Penyeri Raja Sehari
Watikah Dikirim Pengganti Diri
Menjemput Hadir Tuan Dan Puan
Menjadi Tetamu Di Majlis Nanti
Orang Jauh Dikenang-Kenang
Hanya Terkenang Pada Yang Satu
Mula Berkenal Kemudian Bertunang
Diatas Pelamin Sama Bersatu
Hanya Terkenang Pada Yang Satu
Mula Berkenal Kemudian Bertunang
Diatas Pelamin Sama Bersatu
Di Malam Hari Terang Senegeri
Bulan Purnama Dihujung Julai
Majlis Dirai Bertambah Seri
Menyambut Kedatangan Kedua Mempelai
Bulan Purnama Dihujung Julai
Majlis Dirai Bertambah Seri
Menyambut Kedatangan Kedua Mempelai
Merahnya
Delima Manisnya Nona
Buat Santapan Raja Sehari,
Majlis Dirai Penuh Bermakna,
Kehadhiran Semua Menambah Seri
Buat Santapan Raja Sehari,
Majlis Dirai Penuh Bermakna,
Kehadhiran Semua Menambah Seri
Dari Johor
Kekuala Kedah
Dagang Merantau Beratus Batu
Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah
Diatas Pelamin Kini Bersatu
Dagang Merantau Beratus Batu
Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah
Diatas Pelamin Kini Bersatu
Mempelai
Dirai Duduk Tersenyum
Melihat Laksamana Berpancak Silat
Ayah Bonda Tersenyum Menguntum
Sudah Sempurna Segala Adat
Melihat Laksamana Berpancak Silat
Ayah Bonda Tersenyum Menguntum
Sudah Sempurna Segala Adat
Pergi
Berzanji Di Pekan Pagoh
Beli Sekati Ikan Senohong
Sudah Berjanji Bersetia Tegoh
Jangan Dimungkiri Bercakap Bohong
Beli Sekati Ikan Senohong
Sudah Berjanji Bersetia Tegoh
Jangan Dimungkiri Bercakap Bohong
Amat Garang Datuk Bentara
Musuh Melanggar Habis Dibenam
Dulu Seorang Kini Berdua
Hidup Bersama Susah Senang
Merahnya
Delima Manisnya Nona
Buat Santapan Tuan Puteri
Majlis Meriah Penuh Bermakna,
Kehadhiran Semua Menambah Seri.
Buat Santapan Tuan Puteri
Majlis Meriah Penuh Bermakna,
Kehadhiran Semua Menambah Seri.
Sirih bermadah
pinang dibelah,
Adat diturut tersusun rapi,
Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tiba kini majlis dinanti.
Adat diturut tersusun rapi,
Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tiba kini majlis dinanti.
Lembayung
Senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.
Sirih bertepuk
pinang dibelah,
Dijamu untuk tetamu kami,
Merisik sudah bertunang sudah,
Kini tiba pengantin dirai.
Dijamu untuk tetamu kami,
Merisik sudah bertunang sudah,
Kini tiba pengantin dirai.
Beras kunyit
kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.
Tepak perak
indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.
Daun selasih
daun semulih,
Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambat kasih,
Kasih kupinang mengikat janji.
Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambat kasih,
Kasih kupinang mengikat janji.
Pantun Pembuka Acara Resepsi Pernikahan
Pinggan belah di tangga para
Pecah terpukul dikala senja
Dengan bismillah dimulakan acara
Semoga terkabul maksud dan rencana
Dengan nama Allah kholiqul 'alam
Alhamdulillah tersimpan didalam
Tak lupa shalawat dan salam
Kita sembahkan kearifan nabi besar Muhammad SAW
Mahkota dunia junjungan alam
Yang syafaatnya kita harapkan
Siang dan malam
Disaat matahari bersinar terang
Angin berhembus dengan tenang
Sekali kali dengar kicauan burung yang riang
Disaat itu pula tuan tuan encik encik datang menjelang
Dengan adat yang tidak terbilang
Rumah kami yang sempit dan serba kurang
Akan tetapi hati kami alhamdulilllah menerima dengan rasa lapang dan senang
Atas kehadiran tuan dan puan sekalian
Atas nama ahli bait (sebut nama yang mengadakan acara) mengucapkan selamat datang kepada tuan dan puan sekalian
Pinggan belah di tangga para
Pecah terpukul dikala senja
Dengan bismillah dimulakan acara
Semoga terkabul maksud dan rencana
Dengan nama Allah kholiqul 'alam
Alhamdulillah tersimpan didalam
Tak lupa shalawat dan salam
Kita sembahkan kearifan nabi besar Muhammad SAW
Mahkota dunia junjungan alam
Yang syafaatnya kita harapkan
Siang dan malam
Disaat matahari bersinar terang
Angin berhembus dengan tenang
Sekali kali dengar kicauan burung yang riang
Disaat itu pula tuan tuan encik encik datang menjelang
Dengan adat yang tidak terbilang
Rumah kami yang sempit dan serba kurang
Akan tetapi hati kami alhamdulilllah menerima dengan rasa lapang dan senang
Atas kehadiran tuan dan puan sekalian
Atas nama ahli bait (sebut nama yang mengadakan acara) mengucapkan selamat datang kepada tuan dan puan sekalian
Putih kapas dapat dilihat
Putih hati dengan keadaan
Begitu besar rasa kami
Dan ucapakan terima kasih
Atas kehadiran tuan dan puan sekalian
Putih hati dengan keadaan
Begitu besar rasa kami
Dan ucapakan terima kasih
Atas kehadiran tuan dan puan sekalian
Yang besar tak kami himbau gelar
Yang kecil tak kami sebut pula namanya
Yang ulama kami muliakan alimnya
Yang pejabat kami muliakan jabatannya
Yang cedik pandai kami muliakan bijaknya
Yang tua kami mulia pengalamannya
Yang muda kami sayangi
Yang kecil kami kasihi
Atas nama yang mempunyai helat
Atas nama yang mempunyai hajat
Atas nama kaum kerabat yang jauh dan datang dari dekat
Kedatangan para undangan dari jemputan yang mulia ini
Kami sambut dengan muka yang jernih
Kami terima dengan hati yang suci
Kami nanti pula dengan dada yang lapang
Kami tunggu dengan penuh rasa kasih sayang
Yang kecil tak kami sebut pula namanya
Yang ulama kami muliakan alimnya
Yang pejabat kami muliakan jabatannya
Yang cedik pandai kami muliakan bijaknya
Yang tua kami mulia pengalamannya
Yang muda kami sayangi
Yang kecil kami kasihi
Atas nama yang mempunyai helat
Atas nama yang mempunyai hajat
Atas nama kaum kerabat yang jauh dan datang dari dekat
Kedatangan para undangan dari jemputan yang mulia ini
Kami sambut dengan muka yang jernih
Kami terima dengan hati yang suci
Kami nanti pula dengan dada yang lapang
Kami tunggu dengan penuh rasa kasih sayang
Indah sungguh syair barzanji
Ditambah merdu lagu marhaban
Berumah tangga ikuti tuntunan nabi
Niscaya sakinah mawaddah, akan didapatkan
Susunan barzanji indah berangkai
Berisi pujian kepada nabi
Perintah allah janganlah dilalai
Jika ada acara walimah
Marhaban dilantun menambah semarak
Jika suami sholih, istri sholihah
Insya allah menurun kepada anak
Sholawat nabi adalah pujian
Bagi rasul junjungan ummat
Istri yang sholihah adalah hiasan
Membawa berkah sampai akhirat
Mari kita membaca sholawat
Kepada nabi pemberi syafaat
Kepada suami hendaklah taat
Rumah tangga nikmat, hiduppun berkat
Allah ta’ala kholiqul alam
Alam dicipta sangat indahnya
Suami istri jangan saling memendam
Bersikaplah berbuka dan bijaksana
Nabi muhammad sayyidul anam
Rasul junjungan nan bijaksana
Kalau masalah rumah tangga, suka dipendam
Jika meledak jadi bencana
Nabi muhammad lahir dikota makkah
Menyinari dunia dengan hidayah
Ciptakan mawaddah, penuhi sakinah
Niscaya allah limpahkan berkah
Siti aminah ibunda rasul
Adalah mawar suku quraisy
Hindari tengkar saling memukul
Karena itu bisikan iblis
Qur’an adalah pedoman hidup
Dari dunia sampai akhirat
Jauhi sifat dengki dan khianat
Niscaya hidup akan selamat
Sungguh cantik sibunga mawar
Tumbuh subur didalam taman
Pengantin baru ditepung tawar
Mengiringi restu handai dan taulan
Nabi adam adalah rasul pertama
Dari rusuknya dicipta hawa
Jika rumah tangga ingin bahagia
Resepnya hanya tuntunan agama
Nabi kedua bernama idris
Dilangit keempat rasulullah berjumpa
Berumah tangga hindari bisikan iblis
Jika diturut membawa bencana
Rasul ketiga adalah nabi Nuh
Manusia yang sangat panjang umurnya
Suami istri jangan saling menuduh
Hadapi masalah dengan bijaksana
Nabi hud adalah rasul keempat
Kepada kaum ‘ad ia diutus
Jangan dicela nikmat yang dapat
Terima dengan hati yang tulus
Nabi sholeh adalah rasul kelima
Diutus allah kekaum tsamut
Terimalah rizqi apa yang ada
Rizqi orang lain janganlah hasud
Nabi ibrahim adalah rasul keenam
Ayahnya azar pemahat patung
Hidup banyaklah budi ditanam
Dimanapun berada membawa untung
Rasul ketujuh adalah nabi luth
Kepada kaum sadum diutus allah
Rahasia rumah tangga janganlah pecah dimulut
Simpanlah rapat didalam rumah
Nabi isma’il anak nabi ibrahim
Dia rasul yang kedelapan
Menjadi suami janganlah zholim
Karena itu perbuatan syaitan
Rasul kesembilan bernama ishaq
Anak ibrahim dari istrinya sarah
Dalam keluarga laksanakan yang haq
Supaya menjadi ahli jannah
Di negeri kan’an diutus ya’kub
Beliau rasul yang kesepuluh
Berasyarakat janganlah bersifat ujub
Nanti semua orang akan menjauh
Rasul kesebelas bernama yusuf
Beliau ahli mena’wil mimpi
Jangan paksakan yang tidak sanggup
Karena akan membebani diri
Nabi ayub rasul keduabelas
Diuji allah sangatlah sabar
Hindari tengkar saling membalas
Akan membuat masalah semakin besar
Nabi syu’aib diutus kekaum madyan
Beliau rasul yang ketigabelas
Suami yang baik jadi teladan
Membuat istri dan anak mempunyai azas
Keempat belas adalah nabi zulkifli
Basyar itu nama aslinya
Dalam keluarga jauhi caci dan maki
Karena itu bukan ajaran agama
Rasul kelimabelas yunus bin matta
Beliau pernah ditelan ikan
Jadilah istri yang bijaksana
Niscaya rumah tangga terasa nyaman
Nabi musa diutus kenegeri mesir
Rasul keenambelas masa fir’aun
Jika berkata dulukan fikir
Itu tanda orang yang santun
Nabi harun saudara musa
Rasul ketujuhbelas fasih bicara
Suami istri hendaklah bersikap terbuka
Niscaya hilang syak wasangka
Kedelapan belas rasul bernama ilyas
Menghadapi bani israil kaum durhaka
Kebaikan orang tua usahakan balas
Semoga berkah do’a-do’anya
Anak angkat ilyas bernama ilyasak
Rasul kesembilan belas diutus allah
Jika bertindak fikir yang masak
Supaya tidak membawa susah
Nabi daud rasul keduapuluh
Mengalahkan jalut raja yang kuat
Kepada suami hendaklah patuh
Insya allah selamat dunia akhirat
Nabi keduapuluh satu bernama sulaiman
Raja yang adil dan bijaksana
Didalam dada kokohkan iman
Karena itu modal utama
Zakaria rasul keduapuluh dua
Dikaruniakan anak diusia tua
Rizqi yang sedikit lapangkan dada
Rizki yang banyak, diri janganlah lupa
Rasul keduapuluh tiga bernama yahya
Diusia muda dibunuh raja
Jika rumah tangga ingin ibarat surga
Tuntunan nabi itu kuncinya
Nabi isya rasul kedua puluh empat
Siti maryam nama ibunya
Kepada allah dan rasul hendaklah ta’at
Niscaya selamat masuk kesurga
Nabi muhammad SWT rasul terakhir
Penghulu sekalian nabi dan rasul
Berumah tanggalah, sampai hayat berakhir
Dipisahkan hanya oleh tembilang dan cangkul
PANTUN CINTA
CINTAN
Dari mana datangnya linta
Dari tanah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata terus ke hati
Dari tanah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata terus ke hati
Hati berdetik dalam
cahaya,
Seperti belati menikam dada
Cinta abadi kekal selamanya
Musim berganti tapi wajah takkan lupa
Seperti belati menikam dada
Cinta abadi kekal selamanya
Musim berganti tapi wajah takkan lupa
Menaiki kereta jenama
honda
Pergi selayang kerumah hanapi
Bila cinta mekar di dada
Siang terkenang malam termimpi
Pergi selayang kerumah hanapi
Bila cinta mekar di dada
Siang terkenang malam termimpi
Jalan-jalan ke kota Paris
Banyak rumah berbaris-baris
Biar mati diujung keris
Asal dapat dinda yang manis…
Banyak rumah berbaris-baris
Biar mati diujung keris
Asal dapat dinda yang manis…
Ke cimanggis membeli
kopiah
Kopiah indah kan kau dapati
Begitu banyak gadis yang singgah
Hanya dinda yang memikat hati
Kopiah indah kan kau dapati
Begitu banyak gadis yang singgah
Hanya dinda yang memikat hati
Jika aku seorang pemburu
Anak rusa kan kudapati
Jika dinda merasa cemburu
Tanda cinta masih sejati
Anak rusa kan kudapati
Jika dinda merasa cemburu
Tanda cinta masih sejati
Panah cinta Telah
menancap…
Kedua hati pun menyatu…
Asmara semakin mendekap…
Cinta takkan berlalu…
Kedua hati pun menyatu…
Asmara semakin mendekap…
Cinta takkan berlalu…
Banyak bunga di taman
cuma satu kupetik
Banyak anak perawan cuma Adik yang cantik
Banyak anak perawan cuma Adik yang cantik
Banyak buah semangka
dibawa dalam sampan
Banyak anak jejaka cuma Abang yang tampan
Banyak anak jejaka cuma Abang yang tampan
Berjuta bintang di
langit satu yang bercahaya
Berjuta gadis yang cantik adiklah yang kucinta
Berjuta gadis yang cantik adiklah yang kucinta
Gunung puncaknya tinggi
tertutup oleh salju
Memang Abang kupilih dan yang selalu kurindu
Memang Abang kupilih dan yang selalu kurindu
PANTUN
PENUTUP
Jalan- jalan ke Kota Paris
Tidak lupa membeli gamis
Duhai adik-adiku yang manis
Sampai jumpa hari minggu dan khamis
Ke Kota Baru naik Perahu
Pulangnya naek delman
Wahai bapak- bapak dan ibu- ibu
Kesalahan mohon dimaafkan
Jika haus maka minumlah
Jika lapar maka makanlah
Jika salah maka maafkanlah
Assalamualaikum wr.wb,
sampai jumpa lagi .
Matahari terbit dari timur
Awan terbang membumbung tinggi
Tak ada yang tahu batasan umur
Semoga kita dapat bertemu lagi
Makan manggis jangan dibuang kulitnya
Semangka merah manis rasanya
Mohon maaf atas salah - salah kata
Semoga kita dapat berjumpa
di waktu yang lain
Awali dengan bismalah
Akhiri dengan Alhamdulillah
Semoga ilmunya berkah
Menjadi lentera di alam barzah
Cantik rupa sudah biasa
Kaya harta bukan apa- apa
Siapa sangka waktu penghujung telah tiba
Mari sama- sama kita berdoa
Bak sepasang merpati yang saling mencinta
Bulan dan bintang yang selalu bersama
Semoga mempelai pengantin kita hidup berbahagia
Menjadi keluarga sakinah mawadah warahmah
Aku biru kamu merah
Aku gunung kamu lembah
Meski kita semuanya berbeza
Tapi kita tetaplah saudara
Mohon maaf atas segala kata
Yang mungkin mengusik lautan jiwa
Kata adalah makna
Makna adalah kata
Mohon maaf atas segala khilaf
Segala khilaf mohon dimaafkan
Nyanyi bareng bang Edi
Foto bareng mas nardji
Jikalah kita berjumpa lagi
Jangan malu untuk foto selfi
Ke pasar beli Lepat
Tidak lupa membeli jeruk di kedai Kah Misah
Tak terasa waktu dah pukul Empat
Saatnya untuk kita berpisah
Pohon terus tumbuh ke atas
Terpa angin semakin kencang
Waktu yang diberikan sangat terbatas
Mohon maaf atas kata-kata yang lancang
Kolam ikan dihuni buaya
Tak ada yang berani mengusiknya
Jangan malu untuk bertanya
Sebelum kita menutup acara
Singa mengaum di pegunungan
Cheetah lari tak cukup tanah
Mohon maaf atas kesalahan
Lahir batin sebelum berpisah
No comments:
Post a Comment